Hari ini sudah 2 April 2019. Dijangka kan umat Islam di Malaysia akan menyambut ketibaan bulan Ramadan pada 5 Mei 2019. Lebih kurang dalam masa sebulan sahaja lagi. Di sini kami ingin mempamerkan koleksi idea & trend hiasan rumah untuk bulan Ramadan yang suci.

Sama ada anda menganjurkan “iftaar” yang di rumah, acara Ramadan khas untuk kakitangan anda di pejabat, atau hanya ingin mengalu-alukan bulan suci Ramadhan. Ikuti langkah-langkah unik & mudah ini untuk mengubahsuai rumah anda dengan membawa unsur kerohanian Islam yang indah ke rumah anda.

Berikut adalah beberapa idea menarik yang boleh dipertimbangkan untuk menghiasi kediaman anda untuk menyambut Ramadan.

1. Lampu Hiasan

Terangi kediaman atau persekitaran pejabat anda untuk Ramadan 2019 dengan pelbagai lampu Ramadan yang menarik. Kebiasaanya lampu hiasan bercorak Islamik dan berbentuk bintang dan bulan sabit. Anda juga boleh merujuk kepada Moroccan lights dan rekaan lampu hiasan dari timur tengah. Ada juga rekaan berbentuk pelita atau lantern berwarna warni bagi mereka yang kurang gemar untuk menggantung lampu hiasan.

2. Hiasan Dinding

Sedikit hiasan decal di dinding ataupun dengan menggantung lukisan yang mempunyai petikan ayat suci Al-Quran. Perubahan minima tapi memberi impak besar kepada jiwa ruang tersebut.

3. Hiasan Meja Makan

Tempat ahli ahli keluarga berkumpul dan menjadi ruang nadi terutamanya menyambut kedatangan bulan Ramadan. Disitulah kita akan bersahur dan disitu jugalah ruang utama untuk berbuka puasa. Anda boleh meletak hiasan hiasan kecil di atas meja seperti bekas lilin ataupun pelapik makanan yang bermotifkan kepada elemen Islamik.