Bilik-bilik hotel direka khas untuk supaya kelihatan mewah dan seselesa yang mungkin. Pereka dalaman akan memastikan anda mempunyai semua akses yang anda perlukan di hujung jari anda dan menjanjikan pengalaman luar biasa untuk ruang tersebut.

Susun atur dan sentuhan yang memukau, menjadikan bilik hotel inspirasi yang ideal apabila menghiasi bilik tidur anda. Berikut adalah beberapa idea bilik tidur gaya hotel kegemaran kami:

1. Semuanya berpasangan serba dua.

Hotel suite, seperti bilik tidur utama, direka untuk dikongsi(suami isteri). Oleh itu, biasanya aksesori didatangkan dalam 2 kuantiti. Meja sisi katil(bedside table) di kedua-dua belah katil, dua lampu(sidetable lamp), dan dua point untuk mengecas peranti pintar/alat eletronik anda.

Bilik tidur anda tidak hanya akan kelihatan seperti hotel tetapi akan berasa lebih simetrikal dan juga seimbang.

2. Serlahkan dengan headboard besar.

Apabila anda berjalan masuk ke bilik hotel, apakah perkara pertama yang anda lihat dan buat? Kebanyakan orang akan melihat sepintas lalu ruang katil, membuang barang-barang mereka dan segera duduk atau berbaring untuk ‘menguji’ katil dan berehat.

Oleh itu, dengan pemilihan headboard yang besar akan menarik visual pandangan anda dan menjadi titik perhatian bagi bilik tersebut, masuk akal bahawa pengusaha hotel sering memilih kepala papan yang dramatik. Daripada papan kepala tinggi yang mewah yang membuat bilik kelihatan hebat, ke headboard yang lebih praktikal, terdapat banyak pilihan yang ada

3. Menggantung hiasan di dinding

Satu lagi cara mudah untuk menjadikan bilik tidur anda terasa seperti suite hotel adalah untuk meletakkan karya seni ataupun hiasan di dinding yang tidak terlalu berat. Ini menjadikan ruang kamar tidur utama anda lebih segar dan tidak terlalu kosong disamping menambah pop warna dan karektar terhadap ruang tersebut.

4. Bedsheet yang selesa dan kosong.

Jika anda menginap di bajet hotel ada kemungkinan bedsheet yang mempunyai corak dan berwarna warni, sedangkan hotel-hotel bertaraf lima bintang moden lebih cenderung mempunyai katil putih yang segar. Logiknya, bedsheet yang berwarna-warni atau bercorak dipilih untuk menyembunyikan kesan kotor. Oleh itu, lembaran putih adalah cara mudah hotel menunjukkan mereka sentiasa dalam keadaan bersih dan rapi.

Sudah tentu, untuk keselesaan tambahan itu, mengapa tidak melabur dalam cadar yang berkualiti dan selesa

5. Katil Saiz King

Secara jujurnya, suite hotel lebih luas daripada bilik tidur utama anda. Itulah sebabnya ia didatangkan dengan katil bersaiz king. Bintang utama di dalam bilik tidur anda adalah katilnya. Jika anda tidak mempunyai ruang yang besar, setidak tidaknya pilihlah saiz katil yang bersesuaian dengan keluasan ruang bilik tidur utama anda. Tidaklah nanti kelihatan katil anda kecil dan tidak proportion dengan keluasan.

credit images : gettyimages