Mengapa anda perlu mempertimbangkan untuk mempunyai katil bertingkat? Salah satu sebabnya mungkin disebabkan ruang bilik yang terhad. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil yang ramai, penggunaan katil bertingkat adalah penyelesaian mudah untuk keluarga yang besar. Atau mungkin juga, kediaman anda sering dikunjungi sanak saudara yang sering bermalam di rumah anda.

Disini kami kongsi beberapa tips untuk katil bertingkat.

Keselamatan

Keselamatan adalah aspek yang paling penting dalam memilih katil bertingkat. Pilih katil bertingkat separa tinggi yang mempunyai rel yang kuat untuk mengelakkan anak/tetamu anda dari jatuh.

Material

Tanpa mengambil kira nilai penampilan, warna, atau saiznya, kita semua seharusnya melihat kepada tempat tidur bertingkat yang paling kukuh dan kuat. Material kebiasaanya adalah besi dan kayu. Terdpat pro dan kontra diantara kedua dua material tersebut (berkarat, tajam, etc) tetapi disini kami mencadangkan kepada anda katil bertingkat buatan kayu.

Tema

Jika katil bertingkat digunakan untuk bilik anak anak, pastikan rekaan tema bersesuaian dengan usia anak anda. Bagi kanak kanak berumur 6 tahun, mungkin sesuai dengan rekaan bercorak kartun tetapi tidak sesuai untuk tetamu yang lain. Usia anak anda akan meningkat setiap tahun jadi anda perlu berfikir panjang tentang rekaan katil bertingkat tersebut.

Saiz Bilik

Anda perlu mengambil kira ketinggian bilik tersebut. Pastikan ukuran 3 kaki tambahan diantara katil bahagian atas dengan siling. Bagi ruang yang terhad, terdapat rekaan yang mengintegrasikan ruang storan di kawasan tangga katil beertingkat tersebut.

Fungsi

Apakah matlamat sebenar penggunaan katil bertingkat bagi anda? Adakah bilik tersebut untuk kegunaan anak anak anda sahaja? Atau untuk tetamu yang bermalam di rumah anda? Dari fungsi katil bertingkat tersebut anda seterusnya boleh terus memilih rekaan yang sesuai untuk kediaman anda.