Di usia 19 tahun, dikala kawan-kawan lain memilih untuk melanjutkan pelajaran atau setia di kampung halaman, Ma mengambil keputusan keluar dari ruang selesa berhijrah ke Kuala Lumpur mencari rezeki.

Dari niat sebenar mencari wang bertukar kepada keinginan lain untuk ubah nasib diri dan keluarga.

Walaupun Ma menerima pelbagai tekanan memikul skop kerja yang tak tercapai dek ilmu dan pengetahuan Ma terus tabah berusaha untuk belajar dan terus belajar.

tiada istilah untuk mengalah dan tidak tahu sepanjang Ma berkerja di zedya…

Perkara yang benar-benar mengubah dimensi Ma bila dia berjaya terpilih menyertai lawatan sambil belajar zedya ke bali. Ini pengalaman Ma yang pertama buat passport, naik kapal terbang, makan atas kapal terbang, pergi ke luar negara iaitu indonesia.

Jauh berjalan luas pandangan Jauh berjalan luas pandangan Jauh berjalan luas pandangan

Teruja sudah tentu…Di zedya semua aktiviti adalah proses pembelajaran. Pergi bercuti bukan sekadar berhibur dan melawat… ia adalah sebagai pelajaran mengenali budaya serta senibina di Bali.

Bermula dari tiba di airport Ngurah rai lagi Ma terpegun dengan elemen senibinanya.

Jauh berjalan luas pandangan Jauh berjalan luas pandangan

Jauh berjalan luas pandangan

Jauh berjalan luas pandangan

Jauh berjalan luas pandangan Jauh berjalan luas pandangan

Bali Penuh dengan kesenian hindu bali yang mana terdapat banyak elemen natural, patung, ukiran dan paling penting bauan bali tersendiri.

Di sepanjang jalan-jalan dapat dilihat pelbagai jenis patung-patung dan Pura / kuil hindu Bali.

Melewati dari satu tempat ke tempat yang lain Ma merasa seolah-olah melihat melayu purba di mana melihat wanita berkebaya dan berkain batik.

Senibina paling menarik sepanjang perjalanan Ma yang menarik perhatian adalah sewaktu mengunjungi pusat jualan silver yang mana seni bina di situ menggunakan konsep bali moden.

Elemen natural dalam susunan yang kemas dan moden lebih menarik perhatian Ma sebab ma kan muda lagi ngeri dengan senibina klasik bali yang sarat dan suram.

Di bawah ma kongsi gambar sepanjang perjalanan Ma ke Bali.

Walaupun nasib kurang baik kerana semasa Ma di Bali cuaca hujan jadi terdapat beberapa tempat tidak dapat dilawati tetapi Ma bersyukur dapat juga dia melihat negara orang…

Sekarang Ma dah ada passport so Ma akan pastikan terus berjalan untuk meluaskan pandangan.