BERAPA BUDGET NAK RENOVATE ???

Base on kami call dan jumpa ramai pemilik ruang kediaman/ premis tanya kami soalan ini…

Sebenarnya budget renovation adalah hak milik sepenuhnya pemilik/ owner .

Memandangkan kami buat design & build ( design dan bina) sangat penting customer kongsi dan berterus terang target budget sebagai panduan penting untuk designer / arkitek kami design rumah/ premis.

Ada client spend RM 100,000 satu rumah untuk semua perkara termasuk perabot dan langsir.

Ada client spend RM 100,000 Satu rumah untuk satu skop kerja seperti cabinet (kitchen/ wardrobe) sahaja.

Ada client spend RM 100,000 untuk 1 ruang sahaja

Ada client spend RM 100,000 untuk 1 sofa sahaja.

Terdapat beberapa perkara penting yang mempengaruhi kos renovasi contoh:-

  1. Trend (contoh dulu acrylic product pada pada tahun 2000 jadi kos cabinet pakai acrylic mahal jika di banding sekarang dah kurang client pakai acrylic sebab bukan tren terkini dan diketahui mudah calar.)
  2. Jenama ( lagi besar jenama lagi tinggi harga contoh brand elextrolux untuk peralatan dapur lebih mahal dari brand elba kerana brand elextrolux dia dikenali sebagai designer selection sama seperti peti ais jenama smeg satu peti ais harga RM 30,000 pada setengah orang mengarut tetapi orang beli sebab bentuk dan jenama yang boleh buat kita rasa bangga memilikinya)
  3. Jenis material (jenis material seperti carcass cabinet jika guna melamine lebih murah disbanding polyCAM kerana polyCAM kategori lapisan kayu yang lebih kuat dan tahan manakala melamine adalah produk dari serbuk kayu yang juga punyai kemasan pelbagai pilihan dan warna menarik Cuma jika di banding ketahanan ia mungkin ada sedikit kelemahan Cuma perlu pandai diletak tempat yang sesuai.
  4. Custom / ready made ( contoh perabot pasang siap/ atau perabot tempah khas biasa lebih mahal dari perabot yang telah siap atau loose ini kerana ia di buat khas pada quantity sedikit. Kos pembuatan dan material adalah tinggi jika disbanding produk yang dibuat secara pukal dan volume yang besar kerana terdapat banyak penjimatan boleh dibuat oleh pengeluar.
  5. Logictic (jarak jauh dekat serta kemudahan mengangkat bangunan juga pengaruhi kos contoh rumah di tingkat 4 dan tiada lift kos angkat material dan buang sampah sahaja mungkin melibatkan kos sehingga RM 10,000 kerana memerlukan tenaga kerja khas untuk urusan ini dan mengambil masa.
  6. Design (design padat dan tidak juga mempengaruhi kos..)
  7. Stock ( stok barang juga pengaruhi harga contoh kita memilih produk / material yang tiada di Malasia dan perlu di import khas dan tiada orang lain yang ada stok tersebut jadi harga tingi kerana kita tiada pilihan lain)

Jadi dalam penetapan harga renovasi amat penting client dan designer berkerjasama dengan baik untuk mengambil kira beberapa factor seperti di atas.