Hai semua….

Sebab #ceritasayadanzedya nie projek team zedya teringin pula nak share sesuatu yang menarik pasal zedya nie…

ADA APA DENGAN ZEDYA?

Jujur cakap duduk dalam zedya nie sebenarnya memang luar biasa.Semangat dia lain macam.
Insyallah kalau boleh bawa diri, semangat untuk belajar tu kuat hampa memang boleh berjaya..
Skop berjaya nie luas bhai…kalau tak mampu jadi kaya sekalipun tapi dengan pengalaman kerja kat sini kira hampa laku la Kalau nak keja mana pun lepas nie sebab….

KITA MACAM DARAH DAGING

Serius cakap selagi betul orang-orang besar Zedya memang bagi apa saja yang dia ada untuk kita semua.Bukan nak lobi tapi pada aku itulah hakikat.Andai kata ada yang pernah tercicir tu memang takdak rezeki lah kiranya.(mohon bertabah ya) Kalau bab buat salah memang tak boleh bawa bincang..siapa pun memang kena! Yang nie memang tak kira siapa tau..
Samada sepupu sepapat Adik beradik kalau dah salah memang kena tak pernah “PILIH KASIH

KITA BUKAN KERJA TAPI BELAJAR

Kena marah? Mana-mana pun adatlah sebab tak buat macam apa yang di minta..time depa marah kita touching time kita halai balai tak kan depa nak tengok saja? Tarik nafas hembus dan cakap “ini proses untuk aku berjaya” insyaallah hati pun redha ja kena marah 🙂 (itu tip saya)
Kalau bos berani letak kita di tempat kita maknanya dia percaya kan kita.Jadi wajar ka untuk kita khianati kepercayaan yang depa bagi? Tepuk dada tanya selera…

Peluang tak datang berkali..jangan tanya apa depa bagi…tapi tanya diri sendiri apa yang kita boleh bagi?

Aku pun tak dak la perfect sangat..selalu juga sesat, banyak juga salah silap…tapi kalau depa berani bagi peluang kenapa kita tak push diri kita..
Kita pernah bergerak dalam team yang kecil dan mampu redah semua,maksudnya bila kita dah makin ramai kita jadi lebih kuat! Buang jauh-jauh apa yang tak elok. Tarik tangan kawan bila salah untuk betulkan.Tarik tangan kawan bila momentum down.

Ingat 1 nie “Berlian takkan bersinar kalau tak di gilap” nie kan kita yang banyak kekurangan diri. So tolong guna peluang yang ada untuk tunjuk potensi diri..

Andai 1 masa lagi kita dah tak bersama atleast aku tak malu ada kawan macam hampa!