Ramai mempamerkan semangat kemerdekaan terhadap persekitaran, peribadi, tidak ketinggalan menghias kenderaan dengan Jalur Gemilang.

Sebenarnya erti kemerdekaan boleh dipamerkan lebih daripada itu. Ini kerana anda juga boleh mengadaptasikan semangat kemerdekaan melalui sentuhan hiasan dekorasi.

Inspirasi Deko: Bangkit mood merdeka

Anda hanya perlu mengambil sedikit masa memberi sentuhan baru dengan mengunakan bahan sedia ada atau membeli sedikit penambahan.

Pilih ruang tertentu seperti ruang bacaan, ruang tamu atau bilik tidur bagi menterjemahkan semangat kemerdekaan.

Inspirasi Deko: Bangkit mood merdeka

Apabila bercerita mengenai Hari Kebangsaan, secara tidak langsung berkait rapat dengan warna yang ada pada Jalur Gemilang. Umumnya terbahagi kepada dua kumpulan. Ada yang tergolong di dalam koleksi warna sejuk, seperti biru dan putih dan separuh lagi tergolong dalam warna hangat seperti merah dan kuning.

Inspirasi Deko: Bangkit mood merdeka

Bagi menyokong penyatuan dalam keluarga warna ini, konsep sentuhan paling bertempatan ialah dekorasi elektif. Pertama sekali, cari satu sudut dari dinding utama yang terpilih dan warnakan dengan warna lembut daripada kombinasi biru jika anda seorang yang gemarkan warna lembut. Jika anda seorang yang agresif, tidak salah mewarnakan sebahagian daripada dinding utama itu dengan koleksi warna hangat seperti merah atau kuning.

Inspirasi Deko: Bangkit mood merdeka

Kemudian dapatkan perabot sedia ada seperti meja kopi, meja sudut dan rak. Cat semula dengan kombinasi warna warna yang terdapat pada Jalur Gemilang yang anda gemari. Seterusnya hiasi sudut dengan koleksi bunga yang juga warna seperti Jalur Gemilang. Antaranya, bunga kekwa jingga, kuning atau merah. Mungkin juga mawar yang diwarnakan biru atau mawar putih. Jangan lupa tambahkan teknik pencahayaan supaya lebih terang supaya sentuhan dekorasi anda tampil lebih berani, bersemangat dan berkeyakinan.

Selain maknanya terkandung dalam Jalur Gemilang, antara lain biru juga membawa maksud kebebasan, kelembutan, kedamaian, ketenangan dan keharmonian. Kuning merujuk kepada keceriaan, energi, kekayaan dan kebijaksaan. Merah membawa maksud kekuatan, keberanian, perjuangan dan dominasi. Sementara putih pula melambangkan kesucian, kebersihan, keamanan dan penyatuan.

Inspirasi Deko: Bangkit mood merdeka

Semoga Hari Kebangsaan tahun ini memberi lebih erti dengan adanya satu sudut di kediaman anda yang mencerminkan sentuhan kemerdekaan.

artikel dari harian metro

images dari https://gettyimages.com