Perjalanan menuju ke kawasan perumahan seluas 1, 000 ekar, The Rise Emerald, Rawang mengambil masa hampir 1 jam dari ibu kota. Seni bina moden, simetri lurus dan warna asas hitam dan putih menjadi paksi pembentukan perumahan elit, jenis 0- lot banglo di pinggir ibu kota ini. Terbina di kawasan berbukit, langsung menawarkan pemandangan landskap taman dan aktiviti setempat. Nadia Farannie mendiami banglo anak mereka. “Sebelum ini, kami mendiami unit kondominium di Sri Maya; atas tuntutan keperluan keluarga yang kian membesar, kami memerlukan lebih ruang. Lagipula, Rawang berdekatan dengan kaum keluarga sebelah suami menjadikan lokasi kediaman ini ideal buat kami,” jelas Nadia yang bekerja di Kuala Lumpur.

STRUKTUR IDAMAN

Banglo dibina tiga tingkat dengan lima kamar beradu, ruang utiliti, dapur, ruang tamu, ruang makan dan landskap luar. “Kediaman tiga tingkat, dengan binaan aras ketiga di bawah adalah struktur rumah idaman saya. Ini kerana jika saya mengadakan keraian di ruang landskap di bahagian bawah, privasi keluarga saya masih dapat dikekalkan meskipun outdoor,” cerita Nadia mengenai rumah idamannya.

Kekal dengan struktur asal keseluruhan banglo, pemilik hanya memfokuskan pada bahagian tertentu di kediaman sebagai permulaan menata rias antaranya ruang tamu, ruang makan, dapur dan ruang membasuh baju. “Putih, warm, cosy dan diselangi elemen hijau semulajadi adalah apa yang saya mahukan. Rujukan koleksi gambar di pinterest banyak mempengaruhi citarasa dan konsep yang diinginkan. Saya menggunakan khidmat pereka dalaman kerana tidak tahu cara mengakses barang- barang yang diperlukan. Malah, ketika itu saya sedang sarat mengandung,” sambung Nadia.

Nadia meletakkan kepercayaan pada pasukan pereka Zedya, daripada Dya Planner Sdn Bhd, beritahu Nadia, “Saya sudah lama mengikuti dan melihat kerja- kerja rekaan mereka di laman Facebook. Kerja lukisan 3D mereka yang menarik minat saya.”

Ruang tamu utama, ruang makan dan dapur berkongsi pelan lantai yang sama di aras dua banglo. Tanpa sebarang dinding pemisah, ruang tamu mengatur reka letak perabot dalam gaya konvensional. Sofa kuning Scandinavian, Blomma daripada Joy Design Studio memecah dimensi warna di kamar tamu. Meja kopi lutsinar, Ghost Table dibeli di Urban Culture mempamerkan cita rasa moden eklektik penghuni.

“Ketika kami bertemu, ada beberapa perabot dan kemasan dinding telah Nadia beli dan

REKA PELAN 0- LOT BANGLO INI SUDAH CANTIK, BESAR DAN MENEPATI KEPERLUAN KEHIDUPAN SEISI PENGHUNI, JADI KAMI TIDAK MENFOKUSKAN UNTUK TAMBAHAN RUANG.

mahukan. Kebiasaannya, kami cuba bekerja untuk merealisasikan dan menghormati cita rasa pemilik kediaman. Sebagai klien, Nadia banyak memberi input dan tahu apa yang dimahukan. Ini membantu kami menjimatkan lebih banyak masa untuk menyiapkan projek kerana sudah mempunyai pandangan jelas daripada klien,” jelas pereka, Zarina Abdul Aziz.

Akuarium kecil mempamerkan aktiviti kehidupan ikan emas kecil menggantikan fungsi televisyen di ruang tamu. “Idea membina akuarium di dalam dinding agar atmosfera ruang tamu sentiasa tenang tanpa gangguan terutama apabila menerima tetamu. Selain, menjamin lebih privasi seisi penghuni,” kata Zarina lagi.

Ruang makan mampu menampung lapan hingga 10 tetamu pada satu- satu masa dibina menghadap landskap luar. Binaan pintu gelangsar memberi laluan mudah untuk cahaya semulajadi dan udara keluar masuk. Sofa berlengan juga daripada Urban Culture diatur di penjuru kiri dan kanan meja makan. Kemasan petak kayu pada siling dan gantungan lampu candelier adalah idea sang suami. “Saya dan suami mempunyai cita rasa berbeza. Suami lebih sukakan kemasan kayu, kulit dan warna- warna kelam, lebih ke arah maskulin. Jadi kami perlu bertoleransi dan khidmat pereka dalaman banyak membantu agar tidak terjadi kecelaruan konsep,” jelas Nadia sambil menyatakan ruang keluarga diaras bawah juga akan didedikasikan untuk kegunaan suaminya nanti.

OPEN CONCEPT

Fungsi dan praktikaliti ruang dapur menarik perhatian saya. Fungsi dapur kering dan basah disatukan dan ini memberikan lebih ruang untuk gerak kerja. Zarina memberitahu, “Kami merasakan ruang berasingan untuk dapur kering dan basah tidak begitu praktikal serta memakan lebih ruang. Setiap binaan kabinet dan rak yang dibina berpandukan gerak kerja selancar pemilik yang juga seorang baker dan gemar memasak. Manakala, kaunter berpulau ternyata memberi ruang tambahan untuk dia berkarya.”

Zarina turut menjelaskan untuk membina ruang berteraskan konsep terbuka ( open concept) memerlukan komitmen tinggi buat penghuni kerana semua akan sentiasa terpampang rapi. Kata pereka, “Reka pelan 0- lot banglo ini sudah cantik, besar dan menepati keperluan kehidupan seisi penghuni, jadi kami tidak menfokuskan untuk tambahan ruang,”

Nadia menggunakan sepenuh ruang yang ada di aras kediaman dengan membina ruang membasuh baju ( laundry area) di bahagian luar. Masih mengadaptasi konsep terbuka, ruang dibina praktikal dilengkapi sistem kabinet berpara dan ruang menggantung baju. “I always love pink! Jadi lagi ruang peribadi saya yang tidak semua orang boleh akses,” jelas Nadia.

“SAYA DAN SUAMI MEMPUNYAI CITA RASA BERBEZA. SUAMI LEBIH SUKAKAN KEMASAN KAYU, KULIT DAN WARNA- WARNA KELAM, LEBIH KE ARAH MASKULIN. JADI KAMI PERLU BERTOLERANSI DAN KHIDMAT PEREKA DALAMAN BANYAK MEMBANTU AGAR TIDAK TERJADI KECELARUAN KONSEP.”

Artikel dari glamdeco edisi Feb 2018