Aku Roazrihan Rozenan.. Orang key el panggil aku AAR tapi hometown aku panggil ANN..hehe.. aku nk cerita pasal aku dan zedya so tajuk aku kerana zedya..cam ner ye nak start cite ni. Ok memang aku masih baru dalam zedyarian ni orang kata masih fresh lah dan juga dalam bidang interior design n contraction ni mmg aku masih baru bak kata orang aku ni lompat kerja lah sebab sebelum ni aku bidang printing dan aku sanggup tinggal bidang printing dan pergi pada bidang aku kurang tahu kerana zedya,

wow semuanya kerana zedya..hehe..

antara sebab kenapa aku pilih zedya pertama sebab aku tahu syarikat ni dah lama beroperasi dah 13tahun kot.. comfirm syarikat sudah berpengalaman dan syarikat sudah teguh..yang buat aku berani join zedyarian.

Kedua yang paling aku lebih berani tinggalkan tempat keja lama aku kerana principles..sebut Zedya mesti ingat mem Zarina.. Kagum sangat dengan kebolehan luar biasa dia. Semangat dia aku Nak tumpang untuk jadi insan berpendirian. Walaupun aku base kuantan, aura dia tetap sampai. Aku memang terbuka Minda untuk set malamat Berjaya sejak Mula2 aku jumpa dia.

Asalnya aku Kenal dia buat project printing untuk pelanggan dia. Masa tu pun aku dah set matlamat supaya Allah bagi aku jalan untuk jadi team zedya. Masa tu ingat lagi aku cuma panggil dya planner.. Yang penting bila aku bg tau kerja dengan zedya aku rasa bangga… Hemh…. Lagi sorang principal zedya nie asbab aku terus buat keputusan.. iaitu Puan Mazura aku dah berkerjasama dengan puan mazura selama 4 tahun dan puan mazura juga bagi aku dia lah principal aku seorang ketua seorang kakak (sebab aku xde kakak..hehe)

seorang idola atau icon aku dan seorang yang aku boleh salute tabik sebab aku sendiri pun xboleh buat ape yang buat.. kata-kata semangat die buat aku rase lebih yakin untuk join zedya. Banyak aku pegang kata2 dia tp nk detailkan semua rasenya panjang sangat..yang die mintak aku titik beratkan berdoa lah allah apa target kita, letak target kita pada allah supaya kita dapat klu xde target dalam doa kita tu macam mana allah nak bagi..

so pagi2 sampai je kat ofis ni aku berdoa depan pintu showroom Kuantan aku berdoa aku mintak supaya syarikat ni Berjaya di rahmati di buka pintu rezeki seluasnya dan dapat capai apa yang di targetkan utk syarikat sebab aku tahu berjaya nya syarikat ini adanya rezeki aku juga disitu..

Ketiga.. Berkerja di syarikat zedya mmg mengubah hidup aku lebih2 lagi aku di zedya Kuantan mmg xdi nafikan mmg byk keje gila beb.. balik pun kadang2 malam, kerja yang diberi tangungjawap pada aku mmg cukup besar dan aku mmg perlu belajar semuanya dari sekecil2 pasir sehinggalah sebesar2 rumah.. tp aku beruntung sebab aku disini byk peluang aku utk belajar walaupun orang tgk aku mcm org bodoh xtau apa aku xkesah sebab aku nak belajar sampai aku paham dan zedyarian xloket ilmu..

dulu aku bukan macam sekarang dulu aku awang nano sekarang aku jadi orang..hahaha

Last.. aku harap aku dapat belajar lebih banyak dalam syarikat zedya ni dan aku harap aku dapat buat yang lebih terbaik utk syarikat zedya ini dan ianya utk aku juga.sekian nurkilan dari aku.. jujur dari..😅😅