Jika diteliti dari namanya, fungsi utama rak TV memang sebagai pembingkai ataupun sekadar tempat meletakkan televisyen. Namun, lebih dari itu, rak TV juga dapat menjadi elemen interior yang mempercantik ruang. Design design rak TV kini semakin bervariasi, mulai dari yang sederhana hingga yang kompleks. Sebelum lebih jauh menikmati keindahan design design rak TV, ada baiknya mengenal terlebih dahulu selok-belok mengenai rak TV.

JENIS RAK TV

Pemilihan jenis dan bentuk rak TV dapat memengaruhi penampilan sebuah ruangan. Seiring perkembangan zaman rak TV hadir dengan beragam jenis sehingga mempengaruhi selera penghuni rumah untuk memilih jenis rak TV yang ingin digunakan. Berikut akan dijelaskan jenis-jenis rak TV berdasarkan variasi kabinet dan modelnya.

A. Berdasarkan variasi cabinet

Variasi kabinet mempengaruhi kerumitan design rak TV. Berdasarkan variasi kabinetnya, rak TV dapat diklasifikasikan menjadi dua, iaitu rak TV yang simple dan rak TV kompleks.

  1. Rak TV Simple

    rak tv simple

Rak TV simple umumnya hanya menggunakan satu jenis kabinet besar, yaitu credenza (kabinet pendek memanjang). Credenza digunakan untuk meletakkan TV atau menyimpan peralatan audio-video. Sebagai variasi digunakan backwall (panel dinding) serta satu atau dua rak gantung sederhana. Rak TV ini sesuai diterapkan pada rumah yang minimalis.

  1. Rak TV Compleks

    rak tv kompleks

Rak TV kompleks memiliki lebih banyak kabinet besar dibandingkan dengan rak TV simple. Selain credenza, rak TV kompleks juga dilengkapi dengan kabinet besar vertikal di sisi kanan dan kiri serta beberapa rak gantung. Dengan adanya variasi kabinet yang lebih banyak, rak TV dapat diintegrasikan dengan fungsi penyimpanan yang lain (seperti rak buku, almari pakaian, almari mainan, dan lain-lain). Rak TV kompleks sesuai diterapkan pada rumah yang agak besar.

B. Berdasarkan model

Berdasarkan modelnya, rak TV dapat dikelaskan kepada dua jenis, iaitu rak TV model gantung dan rak TV model duduk/kaki.

  1. Rak TV model gantung

    rak model tv gantung

Rak TV gantung terletak melayang atau tergantung di dinding. Seluruh bagian rak tidak ada yang menyentuh lantai. Rak TV gantung sering kali designnya bergaya minimalis. Jenis rak TV ini agak lemah secara kekuatan struktur. Untuk itu, elakkan meletakkan TV atau benda lain yang berat di atas credenza gantung. Sebaiknya gunakan TV yang dapat dipasang di dinding.

  1. Rak Tv model duduk

    rak tv model duduk

Model rak TV ini mengadaptasi model rak TV klasik dengan bagian bawahnya menumpu pada lantai. Beberapa model ada yang memiliki kaki-kaki dari kayu atau besi sebagai sokongan. Meskipun secara design terlihat lebih formal, tetapi secara kekuatan struktur, rak TV model ini lebih kuat daripada rak TV model gantung.

Sumber dari buku 30 Desain Rak TV oleh Sugeng Imam Santosa