Samaada anda seorang penonton setia Nur setiap malam, pemain ps4 yang bujang, peminat bola sepak pasukan Arsenal macam saya, movie junkies yang berjaga di malam minggu ataupun dipaksa menonton Upin dan Ipin bersama anak anak, ada kebarangkalian anda memerlukan ruang kabinet TV di rumah anda. Berita baiknya pula adalah kini terdapat pelbagai rekaan dan gaya kabinet TV yang bersesuaian dengan citarasa anda.

Pertimbangan sebelum memilih kabinet TV

Saiz dan bentuk

Pilih kepada fungsi dan kemudiannya barulah rekaan. Berapa besar TV anda? Adakah ruang menonton sangat penting kepada anda? Jika anda mahu menjadikan ruang menonton sebagai focal point di ruang tersebut, pilihlah rekaan yang sedikit unik dan luarbiasa. Jika anda mahukan ruang TV tersebut blend dengan persekitaran, mungkin TV bracket di dinding sudah memadai.

Jangan lupa untuk mengambilkira saiz ruang tersebut. Anda menjimatkan masa dan wang jika anda sudah pun tahu saiz dan had batasan ruang yang ada sebelum keluar untuk memilih rak kabinet tv. Untuk ruang yang kecil, pertimbangkan rekaan Bench Stand. Jika anda mempunyai ruang yang besar, pertimbangkan unit kabinet dinding supaya ruang menonton anda kelihatan gah, tersusun dan kemas.

Fungsi dan ruang penyimpanan

Apakah yang anda ingin simpan di dalam ruang penyimpanan kabinet TV tersebut? Kalau anda seorang yang sukakan rekaan yang ringkas dan minimalis, cuma perlu letakkan TV di atas bency-style stand. Untuk kelihatan tidak bersepah, simpan segala kotak kotak DVD, kotak video games di dalam kabinet TV tersebut. Sekiranya anda suka rekaan berlaci, pilih rekaan yang berpadanan dengan konsep kediaman anda.

Untuk unit kabinet dinding pula, ruang tersebut kebiasaanya mempunyai pilihan penyimpanan yang agak besar. Anda boleh menyimpan dari unit kawalan video/audio, buku majalah sehinggalah kepada segala kabel pengecasan peranti pintar anda. Ada rekaan yang mempunyai rak terbuka dan berlaci.

Rekaan dan Gaya

Kabinet TV ada pelbagai. Dari rekaan tradisional ke kontemporari, dari moden ke minimalis. Rekaan tradisional lebih cenderung kepada material berasakan kayu manakala rekaan moden menggunakan berbagai material dari kaca, besi ataupun plastik.

Bench style

Padat, ringkas dan efisien. Biasanya berbentuk segi empat. Sangat sesuai untuk ruang yang kecil dengan TV yang besar. Sesetengah kabinet tv jenis bench style mempunyai ruang penyimpanan di bawah dan ada sesetengah yang mempunyai pintu cabinet ataupun laci untuk menyimpan alat elektronik dan wayar/kabel.

Kabinet Dinding

Unit kabinet ini datang dalam size yang besar dan secara langsung menghiasi gaya dinding utama di ruang menonton. Ada campuran fungsi seperti rak buku, laci, kabinet dan ada juga yang mempunyak under-cabinet lighting.

Wall Bracket

Rekaan bracket yang moden dan ringkas membolehkan anda menggantung TV dimana sahaja anda mahukan. Ada boleh memasang bracket di atas konsol ataupun diseragamkan dengan galeri hiasan dinding. Unit ini adalah pilihan yang paling cepat dan sesuai di ruang yang kecil. Antara jenis bracket yang terdapat di pasaran datang dengan mekanisma swing atau swivel.

Material

Setelah kita membuat pilihan fungsi, size dan rekaan yang sesuai untuk ruang tersebut, langkah seterusnya adalah menilai material, kemasan akhir dan juga kualiti pertukangan.

Kayu

Setiap rekaan dari jenis bench ataupun kabinet dinding boleh didapati dari material ini. Ada juga yang diperbuat dari MDF dan melamine.

Besi

Rekaan yang kebiasaanya untuk kabinet tv yg kecil. Cenderung ke arah rekaan moden dan selalunya dipasangkan dengan rak kaca.

Kaca

Kabinet unit dari kaca membuka ruang visual dan mengurangkan tumpuan pada unit itu sendiri.

Resin

Kabinet Tv dari resin atau plastik dipilih untuk menyerupai rekaan kayu atau logam. Ia adalah bahan mesra bajet dan hebat di bilik kanak-kanak kerana ia sangat tahan lasak dan ringan (berguna terutamanya apabila anda mahu memindahkan kabinet TV dari bilik ke bilik).

Campuran

Kabinet TV dari material campuran semakin meluas penggunaannya. Terdiri dari ruang laci dan cabinet atau gabungan kedua duanya sekali.

Images dari gettyimages.com