1. GAYA PERPUSTAKAAN

Penggunaan buku dalam hiasan dalaman

Mempunyai sebuah mini perpustakaan merupakan satu pencapaian hidup yang boleh dibanggakan. Samaada anda memperuntukkan satu ruang koleksi buku untuk dijadikan perpustakaan peribadi ataupun hanya sebagai satu personal statement untuk dipamerkan kepada tetamu, pastikan susunan buku tersebut sentiasa kelihatan rapi. Pastikan juga terdapat sumber pancahayaan yang cukup untuk sudut bacaan tersebut.

  1. DISUSUN

Penggunaan buku dalam hiasan dalaman

“Buku bukan sesuatu yang bermusim tetapi sesuatu yang klasik” kata pereka hiasan dalaman Tobi Fairley. “Mendekorasi dengan buku sentiasa kelihatan bergaya walaupun cara menggayakannya berbeza seiring dengan peredaran zaman” katanya lagi. Disini Tobi memilih Maxmialism dalam ruang tamunya dan dihias sekurang kurangnya dengan 31 buah buku.

“Buku yang disusun tidak semestinya perlu kelihatan sempurna” kata Erika Brechtel seorang pereka dalaman. Anda tidak perlu menyusunnya seperti pyramid, dari bawah ke atas mengikut saiz. “Cuba campurkan jenis buku tersebut supaya lebih kelihatan santai dan semulajadi” katanya lagi.

  1. HIASAN BAGI MEJA KOPI

Penggunaan buku dalam hiasan dalaman

Pereka hiasan dalaman telah menggunakan gaya ini selama bertahun tahun lamanya. Ia sangat mudah untuk dicipta dengan bantuan beberapa kotak perhiasan,sedikit objek serta bunga yang menarik.

  1. BINGKAI

Penggunaan buku dalam hiasan dalaman

Membingkai helaian buku adalah cara yang menarik untuk mengabadikan kenangan daripada dilupakan. Bingkai jenis Shadowbox adalah pilihan terbaik kerana ia akan menampakkan ketebalan buku dan memberikan rasa memento. Pilih halaman tertentu jika bahagian tersebut mempunyai makna penting bagi anda untuk ditonjolkan kepada tetamu.