Rumah Adaptasi Hotel 7

Untuk bilik master kali ini agak menarik untuk kami kongsikan. Bagi bilik tidur utama ini, ruang yang ada agak besar. Lebih kurang dalam 700 kaki persegi.

Rumah Adaptasi Hotel 7

Dari pintu masuk ke bilik utama kami mewujudkan ruang hallway untuk mewujudkan suasana welcoming dan eksklusif. Untuk kemasan dinding kami menggunakan wallpaper berwarna merah velvet dan dihiasi dengan penggunaan panel Zedya U untuk menonjolkan elemen kemewahan.

Di hujung hallway terdapat akses kepada ruang balkoni di bahagian luar. Untuk rawatan tingkap (window treatment) kami menggunakan langsir berwarna emas untuk melengkapi Zedya U yang terdapat di ruangan ini.

Untuk penggunaan TV cabinet, kami menggunakan TV cabinet tempah khas dengan elemen cermin. Penggunaan cermin bertujuan supaya ruang dihadapan TV tidak nampak terkepung.

Bagi kemasan siling kami menggunakan Zedya Edge selari dengan konsep rumah adapatasi hotel.

Rumah Adaptasi Hotel 7

Rumah Adaptasi Hotel 7

Rumah Adaptasi Hotel 7 

Seterusnya dari pintu masuk, disebelah kanan terdapat ruang untuk walk in wardrobe. Menggunakan gabungan storage yang terbuka dan tertutup serta terdapat display area kerana pemilik merupakan seorang pengumpul topi tegar. Jadi kami sediakan ruangan display lebih banyak untuk pemilik mempamerkan koleksi topi peribadinya.

Ruang ini asalnya berlekuk dan terdapt di hujung ruang bilik jadi kami rasakan pemilihan ruang ini untuk dijadikan ruang walk in wardrobe sangat bersesuaian.

Seterusnya kita ke ruangan kamar tidur yang menempatkan katil dan ruang solat. Ruang ini sangat besar (700sqft)  dan kami telah pisahkan ruangan ini kepada dua dengan mewujudkan pemisah dari kayu. Rekaan pemisah slatted wood bertujuan untuk memasukkan elemen moden dan juga tidak menghalang sumber cahaya semulajadi masuk ke ruang.

Rumah Adaptasi Hotel 7

Rumah Adaptasi Hotel 7

Di bahagian kiri dan kanan katil kami lengkapkan dengan elemen bersinar (glossy) dan berpantul (reflective) supaya ruang tidak kelihatan terkepung dan sempit. Seperti biasa untuk kemasan dinding dan siling kami menggunakan Zedya Edge dan Zedya U. Untuk kepala katil (headboard) kami menggunakan rekaan berpanel dengan kombinasi warna kelabu dan putih.