fbpx
Rumah Adaptasi Hotel2020-09-10T12:12:27+08:00

BERITA BAIK UNTUK PEMILIK RUMAH YANG SERING MELANCONG DAN MENGINAP DI HOTEL MEWAH 5 BINTANG!

HUBUNGI KAMI SEKARANG

3 elemen penting yang pasti dirindui dari pengalaman hotel 5 bintang yang akan di adaptasi ke rumah anda adalah

RASA MEWAH

RASA SELESA

RASA BANGGA

SEBELUM KAMI BERCERITA LEBIH LANJUT, MARI KENALI SIAPA KAMI

ZEDYA adalah jenama yang dimiliki oleh Dya Planner Sdn Bhd yang ditubuhkan sejak 2007 dan berpengalaman mengendalikan pelbagai jenis ruang kediaman & komersil. ZEDYA merupakan peneraju bagi konsep Rumah Adaptasi Hotel sejak 5 tahun yang lepas. Sehingga kini kami telah membantu lebih 1000 ruang dengan konsep Rumah Adaptasi Hotel

Kediaman berkonsep Rumah Adaptasi Hotel adalah solusi bagi anda untuk mendapatkan feel hotel ke dalam kediaman anda. Apa yang Zedya bantu adalah membawa elemen penting dari segi

HUBUNGI KAMI SEKARANG
  • SUSUN ATUR RUANG

  • KONSEP DAN FEEL HOTEL

  • PEMILIHAN MATERIAL, TEMA & GAYA

APA KATA PELANGGAN TENTANG KAMI

SEBAHAGIAN DARI HASIL KERJA KAMI

HUBUNGI KAMI SEKARANG

Dan semestinya kami menawarkan waranti selama 1 tahun (12 bulan) bagi setiap kerja ubahsuai yang kami laksanakan*.

Rumah Adaptasi Hotel2019-03-15T01:18:51+08:00

Ruang hotel biasanya menpunyai ruang terhad dan padat yang mana perlu menempatkan pelbagai fungsi dalam ruang tersebut selari dengan taraf hotel tertentu.

Antara ruang yang terlibat untuk ruang hotel kali ini adalah seperti berikut :-

  • Ruang tamu/ living area
  • Ruang tidur / bedroom area
  • Writing area
  • Wardrobe
  • Mini pantry area
  • Bathroom
  • Balcony

Ruang seperti ini boleh diadaptasi kepada ruang rumah seperti apartment dan ruang bilik yang luas.

Ruang tamu berciri ringkas dengan gabungan warna pastel cream digabung dengan element kayu dan langsir berwarna kelabu.

Perabot mengunakan rangka kayu digabungkan dengan element pvc berwarna putih. Selain mewujudkan perasaan harmoni ia juga membuatkan ruang tampak menarik.

Kemasan dinding mengunakan cat warna cream. Frame gambar di tambah untuk menaikkan seri ruang ini.

Kabinet pasang siap yang ada Cuma tv cabinet.

Ruang bilik juga menggunakan warna senada dengan ruang tamu.

Elemen padded dibelakang katil mengunakan pvc berwarna putih membuatkan ruang tidur ini tampak lembut, selesa dan eksklusif. Gabungan elemen kayu juga diterapkan di ruang ini sama seperti ruang tamu tadi.

Biasanya untuk hotel, elemen kepala katil dibuat pasang siap bersama laci di sebelah katil untuk memastikan kekemasan ruang sentiasa terletak ditempatnya. Elemen lampu meja selain membantu pencahayaan ruang ia juga membantu menampak seri ruang.

Element lukisan dinding ditambah kerana element belakang katil tidak penuh selain membuatkan ruang nampak lebih berseri.

Ruang bilik dilengkapi dengan meja tulis, ruang televisyen, almari baju dan ruang mini pantry yang menempatkan snek ringan serta ruang membuat air minuman.

Ruang bilik air adalah antara ruang penting untuk sesuatu ruang hotel dan rumah. Taraf sesebuat rumah dan hotel sebenarnya dicerminkan dari taraf bilik air dan kelengkapan yang ada.

Ruang bilik air ini dilengkapi dengan

  • water closet (wc) 1 piece
  • vanity
  • shower screen
  • hot shower area
  • bath tub
  • rak
  • hook
  • hook

Konsep minimalis tropika ruang hotel yang kami paparkan ini adalah sangat praktikal untuk diadaptasi ke dalam ruang rumah kerana warnanya yang yang ringkas dan tidak keterlaluan.

Konsep ini walaupun ringkas tetapi masih tampak exclusive jika susunan ruangnya dan aplikasi elemen design diletak dengan betul.

 

Go to Top