Rumah cepat mewah dengan SATU benda penting INI. Bila bercakap mengenai pengubahsuaian kediaman (home renovation), selalunya perkara utama yang pelanggan akan titik beratkan adalah aspek kos yang terlibat dalam projek tersebut. Boleh kami katakan disini bahawa pengubahsuian kediaman dianggap sebagai sebuah pelaburan dan kepuasan (self satisfaction) bagi pelanggan.

Zedya Edge Penyeri Kemewahan

Namun ada juga pelanggan kami yang mahukan kelainan dari segi rekaan/material dan mahukan faktor X untuk projek mereka. Mahu sesuatu yang lain dari kebiasaan. Cantik dipandang dan memenuhi tuntutan fungsi ruang idaman mereka. Ringkas tapi pada masa sama kelihatan mewah dan bergaya.

Zedya Edge Penyeri Kemewahan

Jadi apa penyelesaian yang selalunya kami cadangkan kepada pelanggan?

Jawapannya adalah dengan memberi perhatian kepada kemasan kemasan kecil (detailing) yang sering diabaikan seperti di dinding, lantai atau siling.

Zedya Edge Penyeri Kemewahan

ZEDYA EDGE

Apa itu ZEDYA EDGE? Zedya Edge adalah jawapan kami untuk isu detailing kecil yang memberi impak besar dalam rekaan ZEDYA. Sebelum bermula apakah sebenarnya ZEDYA EDGE?

Zedya Edge Penyeri Kemewahan

Zedya Edge adalah kepingan besi stainless dengan kemasan mirror finish dan datang dalam dua warna iaitu emas dan hitam.Bagi kami tiada warna yang mewah dan elegan selain dari dua warna tersebut. Zedya Edge dalam dalam 2 saiz iaitu 100mm x 100mm x 10′ dan 25mm x 25mm x 10′

Kenapa kami memilih besi stainless dan bukan aluminium?

Kerana kami mahukan sesuatu yang teguh, kuat dan mampu bertahan untuk jangka masa panjang. Kami mahukan sesuatu yang lasak untuk kegunaan dalaman rumah.

PENGGUNAAN ZEDYA EDGE

Penggunaan utama Zedya Edge adalah pada kemasan siling. Sesuai dengan namanya, Zedya Edge dipasang di hujung bucu L box siling. Selalunya kebanyakkan kemasan siling di Malaysia agak terhad dan biasa sahaja jadi penggunaan Zedya Edge adalah jawapan segera kepada permasalahan tersebut. Cepat, mudah dan impak segera.

Zedya Edge Penyeri Kemewahan

Tidak terhad hanya di siling, Zedya Edge juga boleh digunakan pada kemasan di bucu bucu dinding. Kawasan bucu dinding sering terdedah kepada kerosakan dan penggunaan zedya edge dapat memberi perlindungan tambahan dan menambah nilai eksetik kepada kemasan dinding untuk kediaman anda.

Zedya Edge Penyeri Kemewahan

Zedya Edge Penyeri Kemewahan

KESIMPULAN

Zedya Edge merupakan satu alternatif kepada pemilik rumah baru atau rumah sedia ada yang masih tercari cari elemen wow untuk menaikkan seri ruang idaman anda. Rasa mewah, rasa bangga dengan menggunakan Zedya Edge.