Hi Assalamualaikum nama saya Zarina Abdul Aziz. Saya merupakan merupakan pengasas Zedya yang dimiliki oleh Dya Planner Sdn Bhd. Saya jarang menulis, tapi untuk kali ni saya luangkan masa sedikit untuk berkongsi pengalaman pahit manis sepanjang perjalanan saya dalam dunia perniagaan.

Sebelum itu, sedikit latar belakang saya. Saya berasal dari Perak dan dibesarkan di dalam sebuah keluarga yang sederhana. Ketika cuti sekolah, selalunya saya akan bekerja sambilan untuk mencari duit poket sendiri. Tangan ini pernah diupah untuk bekerja mengopek kulit udang ketika itu.

Menginjak usia remaja, saya melanjutkan pengajian di UITM Seri Iskandar dan mengambil jurusan Hiasan Dalaman. Saya tertarik dengan karakter pereka hiasan dalaman yang sering saya tonton di kaca TV. Tak sangka pula bidang ini yang membuka peluang saya dalam dunia perniagaan.

Tamat pengajian saya mula bekerja dan menimba pengalaman di beberapa buah syarikat hiasan dalaman terkemuka di ibu kota. Sepanjang tempoh bekerja, beberapa kenalan baru dijadikan teman dan tempat luahan berkongsi idea dan inspirasi bersama. Salah seorang teman saya, Effa, mengajak saya untuk menjadi rakan kongsi dan memulakan perniagaan hiasan dalaman sendiri. Dari situ terlahirnya Dya Planner. 2007

Komitmen dan objektif matlamat yang berbeza di antara kami akhirnya menyaksikan kami membawa haluan sendiri dan ketika itu saya terkontang kanting seorang diri. Adakah saya perlu meneruskan Dya Planner yang kami tubuhkan?

Saya nekad saya akan teruskan perjalanan ini seorang diri walaupun tanpa ditemani Effa.

Dengan bantuan dan sokongan dari keluarga, teman rapat, Dya Planner masih lagi wujud sehingga kini. Sepanjang terlibat dalam perniagaan, ada fasa pembangunan dan fasa perkembangan. Ada pasang dan ada surut. Perniagaan juga ibarat roda. Ada ketikanya kita diatas, ada ketikanya kita di bawah.

Untuk memulakan perniagaan agak mudah, cabarannya adalah untuk kekal konsisten dan relevan.

Memetik kata Calvin Coolidge

Nothing in this world can take the place of persistence. Talent will not: nothing is more common than unsuccessful men with talent. Genius will not; unrewarded genius is almost a proverb. Education will not: the world is full of educated derelicts. Persistence and determination alone are omnipotent.

Sekian dahulu untuk kali ini. Untuk 2019 saya akan terus berkongsi pengalaman dan ilmu yang saya rasa bermanfaat untuk anda semua. Nantikan penulisan saya di post akan datang.

Terima kasih