Meja makan sudah menjadi salah satu perabot yang cukup penting di dalam rumah. Meja makan juga menjadi tempat dimana semua keluarga berkumpul untuk makan ataupun sekadar berbual dan bertanya khabar. Oleh kerana itu, pemilihan meja makan yang tepat sangat penting untuk kediaman anda. Memilih meja makan yang berpadanan dan sesuai juga tidak terlalu sukar seperti yang dijangkakan. Anda dapat semak beberapa tips yang kami berikan dibawah :

1. Tentukan dahulu luas ruangan anda

Hal utama yang perlu anda perhatikan adalah luas ukuran dari ruangan anda. Tentu anda tidak mahu jika meja makan yang anda beli tidak berpadanan dengan keluasan ruang makan anda. Untuk itulah anda perlu ukur dahulu luas ruangan anda. Jika ruangan anda luas anda boleh menggunakan segala jenis meja makan yang ada. Tetapi jika ruang makan anda kecil, elakkan dari memilih meja makan bentuk persegi panjang kerana meja makan berbentuk sebegitu banyak memakan ruang dan membuat ruang tersebut sempit. Satu hal lagi yang penting, anda harus dapat berjalan dan bergerak di antara meja dan kerusi.

2. Tentukan bahan/material untuk meja makan anda

Pemilihan material untuk meja makan juga penting untuk diperhatikan. Jika anda ingin meja makan dari kayu, anda dapat memilih material kayu keras (hardwood) seperti mahogany, walnut, maple, oak atau jati. Jangan yang bersifat komposit atau campuran, misalnya MDF (Medium Density Fiberboard).

MDF merupakan material dari campuran kayu keras dan halus yang dipadatkan menjadi papan. Meskipun MDF tahan lama, tetapi ia tidak sekuat dan seteguh jenis hardwood. Mungkin harganya akan sedikit lebih mahal, tetapi jika anda mencari meja makan yang tahan lama, lebih baik memilih hardwood. Jika anda kurang suka meja kayu, anda dapat memilih bahan dari besi, marble atau kaca.

3. Tentukan bentuk meja

Untuk memilih bentuk meja dapat disesuaikan dengan luas ruangan. Anda dapat memilih meja berbentuk oval atau bulat jika ruang anda sempit agar terdapat ruang kosong dan tidak membuat ruangan terlihat sesak. Jika ruang luas anda boleh menggunakan meja berbentuk apapun asalkan meja tersedut berkadaran dengan keluasan ruang makan tersebut.

4. Periksa Saiz Meja

Kebanyakan meja makan memiliki ketinggian standard antara 28 – 30 inci. Tinggi meja yang ideal sebolehnya memberi ruang yang cukup di atas lutut dan sejajar dengan siku tangan ketika Anda duduk. Sementara lebarnya, samada berbentuk oval, bujur sangkar, bulat atau persegi panjang memiliki standard lebar 36 inci ke atas, bergantung kepada jumlah orang. Sebagai contoh, meja oval dengan ukuran panjang 84 inci, boleh memuatkan hingga 10 orang.

images dari gettyimages