Hari ni saya nak bercerita sedikit. Tentang salah seorang pelanggan kami. Namanya Puan Z. Puan Z pernah menghubungi kami dan mengadu tentang masalah yang ada di kediaman beliau dan suami. Oh, ya kediamannya terletak di Kelana Jaya.

Nak tahu apa masalah Puan Z?

Ubah ruang tamu bosan kepada mewah Ubah ruang tamu bosan kepada mewah Ubah ruang tamu bosan kepada mewah

Puan Z mempunyai sebuah unit yang masih didiami dan masih elok keadaannya. Puan Z cuma mahukan nafas segar untuk ruang tamu dan ruang makan yang sedia ada.

Bila kami tanya puan Z, apa masalah puan sebelum ni berkaitan dengan ruang tersebut? Puan Z berkata yang beliau dan suami sudah bosan dengan susun atur ruang tamu tersebut. Macam ada yang tak kena. Perabot bagi kemasan ruang tamu dan ruang makan macam tak sync dan kelihatan janggal.

Bagi Puan Z dan suami, faktor bajet bukan penghalang asalkan mereka mendapatkan perkhidmatan yang berbaloi dengan pelaburan mereka.

Kadang kadang terasa sedikit malu apabila tetamu datang bertandang terutamanya bila datangnya musim perayaan.

“So macamana Zedya, boleh bantu kami tak” kata Puan Z semasa pertemuan pertama.

Jadi kami di Zedya pun menceritakan sedikit flow dan aliran kerja yang biasanya terlibat dalam proses pengubahsuaian untuk sebuah unit yang masih didiami.

Seterusnya kami tanya apa gambaran Puan Z tentang ruang tamu dan ruang makan impian. Puan Z nyatakan yang beliau mahukan sesuatu yang segar dan ada pembaharuan untuk kedua ruang tersebut.

Disini lah peranan pereka dalaman dalam menerima input dari pelanggan dan kemudian diterjemahkan kedalam ruang.

Dalam masa beberapa hari kemudian, kami mengatur pertemuan kembali dengan Puan Z untuk perbincangan dan sesi proposal presentation. Nak tengok apa yang kami propose untuk Puan Z? Boleh lihat gambar di bawah.

Ubah ruang tamu bosan kepada mewah Ubah ruang tamu bosan kepada mewah Ubah ruang tamu bosan kepada mewah

Bukan main gembira Puan Z dan suami. Cantik. Dapat feel macam rumah adapatasi hotel. Ruang living terasa welcoming dan seolah berada di lobby hotel. Konsep pun bersesuaian dengan apa yang mereka inginkan. Betul betul feels mood baru untuk kedua ruangan ni.

Dan dari fasa proposal seterusnya ke fasa pembinaan. Sekarang kerja kerja pengubahsuaian sedang giat dijalankan dan kami akan update perkembangan terkini berkaitan projek Pn Z dari masa ke semasa.

Bagi anda yang ada masalah seperti Puan Z dan nak kami tolongboleh hubungi kami di fb page kami di https://fb.me/rekahiaspakar atau hunting line kami di 0139581727

Terima kasih